
Ustaz Hanafi pernah belajar di satu madrasah di Hadratulmaut yang popular bawah kelolaan Habib Umar, pagi tadi dia adakan kelas seperti biasa. Kitab yang digunakan kali ini dan macam kali sebelumnya ialah Fadhilat Solat.
Solat berjemaah sangat tinggi nilainya seperti yang di ceritakan oleh Ubailah bin Umar Al-Qawarri:
"Aku belum pernah terluput dari solat berjemaah Isyak.
Suatu malam aku didatangi tetamu sehingga aku tidak dapat menunaikan solat Isyak berjemaah.
Sebaik sahaja tetamuku pulang, aku bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Isyak, namun semuanya telah selesai, maka aku pun pulang ke rumah dengan dukacita. Aku teringat dan menyebut suatu hadith:'Sesungguhnya solat berjemaah itu 27 kali ganda darjatnya dengan olat bersendirian'.
Lalu aku mengerjakan solat Isyak sebanyak 27 kali, kemudian tidur.
Didalam mimpiku, aku melihat sekelompok manusia menunggang kuda di hadapanku, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.
Ketika itu, seorang daripada mereka berkata kepadaku:' Engkau tidak mungkin dapat mengejar kami kerana kami solat berjemaah di masjid sementara engkau solat bersendirian di rumah'.
Mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah hati'.
Masuk kepada bab bulan-bulan dalam Islam
Hari 29 dzulhijah 1430, kiranya esok last day bagi tahun 1430H a.k.a. dah nak masuk bulan muharam. Kata ustaz, kita di sunatkan puasa sebulan dalam ashhurul-hurumu iaitu bulan Rejab, Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharam. Tetapi yang kita selalu tahu hanyalah bulan Rejab, itupun sebab dekat dengan Ramadhan. Bulan yang tiga serangkai ni, jarang sekali orang tahu akan amalan sunat berpuasa sebulan di dalamnya.
Antara sunat Muharam:
1.Membaca doa akhir tahun ada petang 30 dzulhijah selepas asar a.k.a. dekat nak maghrib a.k.a. dalam pukul 6.30ptg
2.Membaca doa awal tahun selepas maghrib
3.Sunat membuka tahun baru dengan tahajud (ni tak payah cakap patutnya)
4.Solat Subuh berjemaah
5.Memperbanyakkan sedekah
6. Puasa 1-10 Muharam;
Dalam surah al-fajr, ayat kedua ('Demi malam yang sepuluh'), ada mufassirin yang tafsir sebagai 10 Dzulhijjah dan ada yang tafsir sebagai awal Muharam, jadi kita boleh ikut yang mana-mana.
Dalam suatu kisah, satu hari Rasulullah dapat tahu yang orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharam, lalu Rasulullah bertanya tujuan mereka berpuasa. Mereka mengatakan puasa mereka sebagai menyambut kemenangan Nabi Musa melawan ahli sihir-ahli siair Firaun. Lalu Rasulullah berkata 'Nahnu Ahaqqu' (Kami lebih berhak). Ini kerana Nabi Musa juga pesuruh Allah dan adapun orang-orang Yahudi mereka hanya percaya kepada nabi-nabi dari kalangan Bani Israil sahaja. Lalu untuk membezakan puasa umat Islam dengan kaum Yahudi,Rasulullah mengkembarkan puasa 10 Muharam dengan 9 Muaharam (juga dikenali sebagai Tasu3a' dan Shu3ara').